Sunday, 29 January 2017

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.


Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.



Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.


         


Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.


Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.


Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.



Rujukan:http://www.jomria.com/2015/07/kepentingan-semangat-patriotisme.html

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM JIWA ANAK


Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya,  ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula.  Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Rujukan:http://karangan-spm-2012peranan-ibu-bapa-dalam.html




USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Memupuk Patriotisme

  • kerajaan mewajibkan semua remaja lepasan SPM menyertai Program Latihan Khidmat Negara, (PLKN) bukannya memilih secara rawak
  • kerajaan perlu menguar-uarkan kepentingan semangat patriotisme kepada remaja berulang-ulang kali
  • kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah mempelajari subjek Sejarah untuk memupuk semangat patriotisme sejak kecil
  • kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan pengajaran yang panjang bagi subjek Sejarah di sekolah
  • kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang mempersendakan tanah air sendiri
  • kerajaan perlu melibatkan lebih ramai remaja dalam sambutan kemerdekaan setiap tahun
  • kerajaan memberikan anugerah dan penghargaan kepada remaja yang berjasa kepada negara
  • ibu bapa perlu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak sejak kecil
  • ibu bapa hendaklah membawa anak-anak menyertai sambutan kemerdekaan negara
  • ibu bapa hendaklah bercerita kepada anak-anak tentang pengorbanan generasi terdahulu meempertahankan negara
  • ibu bapa hendaklah membeli bahan-bahan bacaan yang berunsur patriotik kepada anak-anak
  • ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai pasukan keselamatan negara
  • sekolah perlu bertindak tegas kepada pelajar-pelajar yang tidak menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
  • sekolah perlu menjemput tokoh-tokoh yang terlibat mempertahankan negara untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar
  • sekolah perlu merancang aktiviti yang menarik sempena menyambut bulan kemerdekaan negara
  • sekolah perlu mengadakan program yang mampu memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar

       Rujukan:http://anelyza.blogspot.my/2009/09/usaha-usaha-untuk-meningkatkan-semangat.html



Saturday, 28 January 2017

PENGERTIAN PATRIOTISME

Pengertian Patriotisme. Patriotisme merupakan Semangat cinta tanah air/sikap seseorang yang sudi mengorbankan segala -galanya untuk kejayaan dan kemakmuran tanah airnya. 

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme berasal dari kata "patriot" dan "isme" yang berarti sifat kepahlawanan atau jiwa pahlawan, atau "heroism" dan "patriotism" dalam bahasa Inggris. Pengorbanan ini dapat berupa pengorbanan harta benda maupun jiwa raga.

Sekelompok   manusia   yang   menghuni   bumi   suatu negara   wajib   bersatu, mencintai   dengan   sungguh -sungguh,   dan   rela   berkorban   membela   tanah   air negaranya  sebagai  bangsa  yang  merdeka.Patriotisme adalah semangat dan jiwa yang dimiliki oleh seseorang untuk berkorban/rela berkorban demi nusa bangsa atau nagara.

Patriotisme sebagai  sebuah keterikatan (attachment) seseorang pada kelompoknya (suku, bangsa, partai politik, dan sebagainya). Keterikatan ini meliputi kerelaan seseorang dalam mengidentifikasikan dirinya pada suatu kelompok sosial (attachment) untuk selanjutnya menjadi loyal.

Semoga Beberapa Pengertian tentang Patriotisme diatas dapat memberi manfaat.
Artikel Pada Blog ini kami kutip dari berbagai sumber. Semoga Artikel Tentang Pengertian Patriotisme Dapat Bermanfaat Dan Apabila artikel ini berguna untuk anda silahkan copy paste dengan menyertakan Sumbernya. Kami Mohon maaf yang sebesar-besarnya jika ada Kesalahan Dan Kekurangan Pada penulisan Artikel ini

Rujukan:http://sepengatahuanku.blogspot.my/2013/01/pengertian-patriotisme-dan-nasionalisme-serta-contoh-contohnya.html


Pengertian Patriotisme
                         


PENGENALAN DAN DEFINISI

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air', oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).








mpoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.